Showing posts with label Diabetes. Show all posts
Showing posts with label Diabetes. Show all posts

Saturday, April 30, 2011

KINI DIABETES DAPAT DIKESAN 12 TAHUN LEBIH AWAL


Percayakah anda kini diabetes dapat dikesan seawal 12 tahun sebelum pengesahannya?

Seperti tidak percaya tetapi itulah hasi penyelidikan oleh Drs Thomas J wang dan Robert E Gerszten dari Massachusetts General Hospital dan Boston University, USA.

Hasil penyelidikan mereka telah disiarkan dalam Nature Medicine edisi siber pada 20 Mac 2011 baru-baru ini.

Mereka membukti kenaikan paras 5 asid amino dalam darah iaitu isoleucine, leucine, valine, tyrosine dan phenylalanine merupakan peramal apakah seseorang itu bakal menghidap Diabetes Mellitus Type II.

Kenaikan 3 dari lima molekul asid amino ini sudah memadai mengesan calon pesakit diabetes seawal 12 tahun sebelum diabetes menjelma.

Test darah ini sudah boleh dilakukan di Malaysia tetapi masih belum menjadi amalan kebiasaan para doktor namun saya percaya jika seseorang ingin tahu apakah dia bakal terkena diabetes dalam masa 12 tahun akan datang, ada cara untuk membuktikannya meskipun GTTT, FBS, HBA1Cnya normal.

Friday, April 15, 2011

PERKEMBANGAN DAN PENGURUSAN TERKINI DIABETES

INSULIN INHALER
Penyakit Diabetes di masa silam mengorbankan ramai mangsa dalam pelbagai bentuk komplikasi.
Dari strok, penyakit kardiovaskular, kegagal fungsi ginjal, buta dan yang sering menakutkan ialah amputasi kaki.

Kini di seluruh dunia (negara maju) beberapa kemajuan dalam perkembangan dan pengurusan perlu disebar luaskan memberi harapan baru kepada kita di dunia ketiga. Mungkin akan datang, kita pun dapat menikmati kemajuan yang sama.

1. Implantable Insulin Pump
Sebuah pam insulin kecil yang ditanam dibuah kulit mampu mengukur kadar gula darah dan mengepam insulin yang diperlukan.

2. Implantable Insulin Capsule
Sebuah kapsul berisi sel-sel beta yang hidup mendapat makanan dari tubuh kita sambil mengeluarkan insulin ke sistem tubuh manusia.

3. Insulin Inhaler
Akan datang, pesakit diabetes yang takut menyuntik diri sendiri bakal lega kerana akan tiba Insulin inhaler dimana pesakit hanya perlu menyembur ke tekak, ke bawah lidah atau menyedutnya seperti pesakit asma. Betapa mudah!

4. Insulin Pill
Lagi berita baik, para penyelidik sudah menjumpai satu bahan polymer yang tahan asid perut dan mampu menghantar insulin di usus untuk diserapkan tanpa perubahan bentuk molekularnya.

5. Analog Insulin Baru
Ianya masih dalam bentuk suntikan tetapi diambil 15 minit sebelum makan. Hasilnya dikatakan memuaskan. Dikenali sebagai Glargin dan Aspart.

SELAMAT DATANG KEPADA AHLI BARU DALAM RAWATAN DIABETES.

Dr Rahmat Haroun MD
Naib Pengerusi PDM Langkawi
15 April 2011.