Friday, April 8, 2011

KONTROL DIABETES SEBELUM IA KONTROL ANDA


Kaum lelaki tidak suka kena Queen control, kalau boleh lelaki nak KONTROL queen. Begitulah agaknya hubungan pesakit dengan penyakit diabetes. Yang penting di sini siapa kontrol siapa!

Slogan WHO mengenai pendidikan diabetes 'CONTROL DIABETES BEFORE DIABETES CONTROLS YOU' sememangnya tetap lagi jitu.

Penyakit diabetes mempunyai destininya sendiri. Ianya sungguh licik. Cuba menguasai manusia dan membuat manusia menderita kerana matlamat-matlamat tersembunyinya. Apabila kita leka, diabetes akan menguasai kita; maka sebab itulah menjadi suatu kewajiban untuk kita menguasai diabetes bukan sebaliknya.

Jika kita gagal mengontrol diabetes, bahananya akan menimpa kita. Sasaran diabetes merupakan organ-organ penting seperti otak, jantung, ginjal (buah pinggang), mata dan sistem saraf periferi.

Di otak, secara senyap-senyap, sendirian maupun berpakat dengan hypertensi (penyakit darah tinggi), hiperkolestrolemia (kadar kolestrol darah yang tinggi) dan kompleks kehidupanan tertekan (dilambung stres lama, tiada latihan jasmani, kurang riadah, kurang tidur) boleh menyebabkan strok.

Di jantung, diabetes boleh membuat serangan jantung , lemah jantung tanpa anda menyedarinya; hanya di peringkat akhir.

Di buah pinggang, 40 % pesakit diabetes mengalami komplikasi ini yang memerlukan hemodialysis 3 kali seminggu.

Di mata; 11-13 % menjadi buta akibat diabetic retinopathy dan cataract.

Pada sistem saraf periferi, kerusakan saraf periferi mengakibat diabetic ulcer, gengren di kaki (dengan akibat amputasi jari dan kaki), di alat kelamin lelaki menyebabkan mati pucuk (Erectile Dysfunction).

Oleh yang demikian:

KONTROLLAH DIABETES SEBELUM DIABETES KONTROL KEHIDUPAN ANDA.

2 comments:

  1. Dr beritau bagaimana diabetes kontrol kita, soalannya: apakah langkah2 kaedah kita nak kontrol diabetes?

    ReplyDelete
  2. Kenaikan kadar gula darah yang tinggi akibat diabetes akan merosak sel-sel otak yang bertanggung-jawab mengenai kitaran kenyang-lapar. Bila sel-sel ini telah rusak, makan seorang pesakit diabetes itu cepat lapar walaupun baru sahaj makan.
    Kedua, melalui cannbinoid pathway, maka bila reseptor di otak tiada glukosa, maka pesakit akn gian mencari makanan minuman manis-manis.

    KONTROL diabetes melalui, kurangkan gula, minyak dalm makanan, exercise, ambil ubat secara teratur, pantau gula darah dan HbA1c dan jangan merokok.

    ReplyDelete