Thursday, October 13, 2011

Rawatan Diabetes Mendatang

— Some diabetes patients who cannot live without insulin injections now have a new option: a transplant of islet cells, which produce insulin in the body. Drawing upon advances in cell biology and endocrinology, surgeons go through a 14-hour process to isolate and purify the islet cells from a donated pancreas. While there's no guarantee the success will last, it may prevent some life-threatening situations.

Friday, May 6, 2011

RENDAH PROTIN RENDAH KABOHIDRAT BARU SELAMAT


Pilih diet rendah protein

03 May 2011
ADAKAH anda tahu risiko kardiovaskular boleh bermula walaupun fungsi buah pinggang mengalami sedikit kerosakan? Dan adakah anda sedar penyakit kardiovaskular menyumbang lebih daripada 50 peratus kematian di kalangan penghidap penyakit buah pinggang kronik?

Mereka yang menghidap kegagalan buah pinggang peringkat akhir mempunyai 10 hingga 30 kali risiko kematian lebih tinggi akibat strok, serangan jantung atau penyakit kardiovaskular yang lain dibandingkan dengan golongan dewasa yang sihat.

Anda mungkin tertanya, apakah kaitan maklumat ini dengan diri sendiri? Banyak, jika anda mempunyai tanda-tanda penyakit buah pinggang atau jantung, sama ada anda sedar atau tidak.

Kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buah pinggang dan mereka juga tidak tahu mengenainya. Ujian saringan mudah di mana-mana klinik atau hospital dapat menunjukkan jika anda salah seorang daripada mereka.

Ini kerana pencegahan awal sakit buah pinggang menjadi lebih kronik dapat menyelamatkan jantung anda.

Menurut Pakar Perunding Nefrologi Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara Selangor, Dr. Soehardy Zainudin, sakit buah pinggang kronik ialah keadaan kedua-dua buah pinggang pesakit mengalami kerosakan.

Ia berlaku apabila buah pinggang rosak teruk disebabkan oleh penyakit kronik dan tidak lagi boleh menapis bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Lazimnya, kata Dr. Soehardy, penyakit berkembang secara perlahan-lahan dengan menunjukkan tanda-tanda atau gejala yang tidak ketara pada peringkat awalnya.

''Malah, kebanyakan penghidap langsung tidak menyedari masalah tersebut sehinggalah fungsi buah pinggang mereka merosot ke tahap kurang daripada 25 peratus berbanding keadaan normal.

''Apabila seseorang itu menghidap penyakit buah pinggang yang kronik, mereka akan sakit teruk beberapa bulan lamanya dan mengalami anemia (pendarahan berlebihan). Buah pinggang terus mengeluarkan air kencing namun gagal menyingkirkan bahan kotoran mahupun menyerap bahan-bahan yang berguna,'' jelas beliau.

Tambahnya, tekanan darah tinggi dan diabetes merupakan antara penyebab utama yang mencetuskan kegagalan buah pinggang kronik .

Pada sakit buah pinggang peringkat akhir di negara ini, statistik bersamaan dengan kira-kira 100 orang dalam sejuta penduduk.

Mengulas lebih lanjut, Dr. Soehardy memberitahu setiap tahun ada lebih empat hingga lima ribu pesakit baru.

"Pada tahun lepas sahaja terdapat 25 ribu pesakit yang menjalani rawatan dialisis. Ramai yang tidak tahu kegagalan buah pinggang boleh berlaku secara tiba-tiba atau akut. Keadaan ini selalunya terjadi selepas prosedur pembedahan yang rumit atau kecederaan teruk, ubat-ubatan tertentu seperti penahan sakit atau apabila pembuluh darah yang menghala ke arah buah pinggang tersekat," ujarnya.

Rawatan

Dalam pada itu, rawatan bergantung kepada tahap penyakit tersebut dengan matlamat untuk menghentikan atau melengahkan tahap perkembangannya.

Ketika ini, seseorang yang mengalami sakit buah pinggang kronik sama ada memerlukan penapis tiruan (dialisis) ataupun pemindahan buah pinggang untuk meneruskan hidupnya.

Diet rendah protein

Ramai yang tidak menyedari kos terapi penggantian buah pinggang seperti dialisis dan transplan yang jauh lebih tinggi, sehingga 10 kali ganda berbanding pengurusan penyakit buah pinggang yang efektif menerusi terapi pemakanan buah pinggang .

Bagi mengelakkan pengumpulan bahan buangan terjadi, kata Dr. Soehardy, seseorang itu hendaklah mengehadkan pengambilan protein di dalam makanan kerana protein akan menghasilkan bahan buangan (seperti urea) di dalam air kencing.

Pada masa yang sama, pengambilan fosfat dalam diet mestilah dikurangkan.

Dengan mengurangkan pengambilan protein untuk menghalang pengumpulan bahan buangan di dalam badan, jumlah asid amino juga akan turut berkurangan.

Kini, para pesakit berkenaan mempunyai pilihan termasuk pengurusan makanan yang bijak.

''Ini sekali gus membolehkan pesakit menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan paling penting, menangguhkan kegagalan buah pinggang kronik memasuki tahap akhir, dari tempoh tiga ke lima tahun. Selain itu, setiap pesakit perlu menjalankan gaya hidup sihat termasuk tidak merokok, jangan minum alkohol dan melakukan banyak aktiviti fizikal,'' kata Dr. Soehardy.

Di petik dari Buletin PDM Pusat.

Saturday, April 30, 2011

KINI DIABETES DAPAT DIKESAN 12 TAHUN LEBIH AWAL


Percayakah anda kini diabetes dapat dikesan seawal 12 tahun sebelum pengesahannya?

Seperti tidak percaya tetapi itulah hasi penyelidikan oleh Drs Thomas J wang dan Robert E Gerszten dari Massachusetts General Hospital dan Boston University, USA.

Hasil penyelidikan mereka telah disiarkan dalam Nature Medicine edisi siber pada 20 Mac 2011 baru-baru ini.

Mereka membukti kenaikan paras 5 asid amino dalam darah iaitu isoleucine, leucine, valine, tyrosine dan phenylalanine merupakan peramal apakah seseorang itu bakal menghidap Diabetes Mellitus Type II.

Kenaikan 3 dari lima molekul asid amino ini sudah memadai mengesan calon pesakit diabetes seawal 12 tahun sebelum diabetes menjelma.

Test darah ini sudah boleh dilakukan di Malaysia tetapi masih belum menjadi amalan kebiasaan para doktor namun saya percaya jika seseorang ingin tahu apakah dia bakal terkena diabetes dalam masa 12 tahun akan datang, ada cara untuk membuktikannya meskipun GTTT, FBS, HBA1Cnya normal.

Thursday, April 21, 2011

MENURUNKAN GLYCEMIC INDEX (GI) NASI

NASI BRIANI PARPU DENGAN MINYAK ZAITUN

GI atau Glaycemic Index ialah indeks kegulaan sesuatu bahan makanan. Dengan mengatur pemakanan melalui pilihan GI rendah pesakit diabetes mampu mengurangkan kadar gula dan HBA1C nya.

Pembahagian GI : Tinggi 70 keatas
Menengah 56-69
Rendah 55 ke bawah.

Cuba masakan nasi dengan kacang parpu, anda pasti dapat menurun GI ke paras yang lebih rendah dan mampu mengawal diabetes anda.

Basmathi GInya 54 sedangkan parpu (lentil) hanya 28. Kombinasi kedua-duanya merupakan pilihan unggul untuk menurunkan glukos intolerens anda.


Nasi briani kacang parpu ini dikukus bersama olive oil.

SELAMAT MENCUBA.

Dari Dapur Dr Rahmat Haroun MD
Langkawi 23 April 2011.

Friday, April 15, 2011

PERKEMBANGAN DAN PENGURUSAN TERKINI DIABETES

INSULIN INHALER
Penyakit Diabetes di masa silam mengorbankan ramai mangsa dalam pelbagai bentuk komplikasi.
Dari strok, penyakit kardiovaskular, kegagal fungsi ginjal, buta dan yang sering menakutkan ialah amputasi kaki.

Kini di seluruh dunia (negara maju) beberapa kemajuan dalam perkembangan dan pengurusan perlu disebar luaskan memberi harapan baru kepada kita di dunia ketiga. Mungkin akan datang, kita pun dapat menikmati kemajuan yang sama.

1. Implantable Insulin Pump
Sebuah pam insulin kecil yang ditanam dibuah kulit mampu mengukur kadar gula darah dan mengepam insulin yang diperlukan.

2. Implantable Insulin Capsule
Sebuah kapsul berisi sel-sel beta yang hidup mendapat makanan dari tubuh kita sambil mengeluarkan insulin ke sistem tubuh manusia.

3. Insulin Inhaler
Akan datang, pesakit diabetes yang takut menyuntik diri sendiri bakal lega kerana akan tiba Insulin inhaler dimana pesakit hanya perlu menyembur ke tekak, ke bawah lidah atau menyedutnya seperti pesakit asma. Betapa mudah!

4. Insulin Pill
Lagi berita baik, para penyelidik sudah menjumpai satu bahan polymer yang tahan asid perut dan mampu menghantar insulin di usus untuk diserapkan tanpa perubahan bentuk molekularnya.

5. Analog Insulin Baru
Ianya masih dalam bentuk suntikan tetapi diambil 15 minit sebelum makan. Hasilnya dikatakan memuaskan. Dikenali sebagai Glargin dan Aspart.

SELAMAT DATANG KEPADA AHLI BARU DALAM RAWATAN DIABETES.

Dr Rahmat Haroun MD
Naib Pengerusi PDM Langkawi
15 April 2011.

NOTIS MASYUARAT TAHUNAN PDM KEDAH KE 13



Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung tahunan Persatuan Diabtes Malaysia yang ke 13 akan diadakan pada:
Tarikh : 24 April 2011 (Ahad)
Masa: 8:30pagi - 1.00 Tengahari
Tempat: AUDITORIUM HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH
ALOR SETAR, KEDAH DA

Sehubungan dengan itu Dato'/Datin/Dr/Tuan/Puan adaah dengan hormat dijemput hadir. Kehadiran dan kerjasama tuan/puan dalam hal ini amat dialu-alukan dan diucapakan terima kasih. Sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di talian : 012-5817970.

Sila hantar borang usul anda sebelum 18 April 2011.

Sekian, terima kasih.

En N.S. Seelan
KMN, AMK, BKM,PPN,PCK,PJK,SbSt.J.JP
Setiausaha Kehormat
Persatuan Diabetes Malaysia
Cawangan Negeri Kedah.

Friday, April 8, 2011

WARTA TERKINI: SUBAHAT ROKOK DAN NIKOTIN


Baru-baru ini dalam 241st National Meeting & Exposition American Chemical Society, Dr Xiau-Chuan Liu PhD mendedahkan adanya hubungan kukuh antara nikotin dengan komplikasi diabetes.

Menurut beliau para doktor sudah lama mengetahui merokok menambah risiko komplikasi diabetes tetapi tak dapat secara konkrit menjelaskan mekanismenya. Beliau berkata, ' nikotin meningkatkan HbA1C sebanyak 34%".

Kajian ini menjadi bukti kukuh kaitan merokok dengan peningkatan risiko komplaksi diabetes seperti strok, serangan jantung, diabetic retinopathy, kerusakan ginjal dan peripheral neuropathy.

Jika anda seorang pesakit diabetes atau pun seorang yang sihat:
JANGAN MEROKOK!

KONTROL DIABETES SEBELUM IA KONTROL ANDA


Kaum lelaki tidak suka kena Queen control, kalau boleh lelaki nak KONTROL queen. Begitulah agaknya hubungan pesakit dengan penyakit diabetes. Yang penting di sini siapa kontrol siapa!

Slogan WHO mengenai pendidikan diabetes 'CONTROL DIABETES BEFORE DIABETES CONTROLS YOU' sememangnya tetap lagi jitu.

Penyakit diabetes mempunyai destininya sendiri. Ianya sungguh licik. Cuba menguasai manusia dan membuat manusia menderita kerana matlamat-matlamat tersembunyinya. Apabila kita leka, diabetes akan menguasai kita; maka sebab itulah menjadi suatu kewajiban untuk kita menguasai diabetes bukan sebaliknya.

Jika kita gagal mengontrol diabetes, bahananya akan menimpa kita. Sasaran diabetes merupakan organ-organ penting seperti otak, jantung, ginjal (buah pinggang), mata dan sistem saraf periferi.

Di otak, secara senyap-senyap, sendirian maupun berpakat dengan hypertensi (penyakit darah tinggi), hiperkolestrolemia (kadar kolestrol darah yang tinggi) dan kompleks kehidupanan tertekan (dilambung stres lama, tiada latihan jasmani, kurang riadah, kurang tidur) boleh menyebabkan strok.

Di jantung, diabetes boleh membuat serangan jantung , lemah jantung tanpa anda menyedarinya; hanya di peringkat akhir.

Di buah pinggang, 40 % pesakit diabetes mengalami komplikasi ini yang memerlukan hemodialysis 3 kali seminggu.

Di mata; 11-13 % menjadi buta akibat diabetic retinopathy dan cataract.

Pada sistem saraf periferi, kerusakan saraf periferi mengakibat diabetic ulcer, gengren di kaki (dengan akibat amputasi jari dan kaki), di alat kelamin lelaki menyebabkan mati pucuk (Erectile Dysfunction).

Oleh yang demikian:

KONTROLLAH DIABETES SEBELUM DIABETES KONTROL KEHIDUPAN ANDA.

Thursday, April 7, 2011

KETURUNAN DAN DIABETES

Type I Diabetes Mellitus.

Type II Diabetes Mellitus


Meskipun penyakit diabetes merupakan penyakit metabolik tetapi hubungan dengan genetik tidak dapat dinafikan. Oleh itu ramai penyelidik berlumba mencari gen/gen-gen yang dikaitkan dengan DM jenis I dan II.

Menurut Dr Donald W Bodwen gene diabetes terletak di kromosom 20 dalam genome manusia.
Gene itu dipanggil PTPN1 (Protein Tyrosinae Phosphatase N1). Gen ini dikatakan bertanggung-jawab terhadap manifestasi Type II Diabetes Mellitus.

Penyelidik lain menemui gen yang bertanggung-jawab untuk jelmaan Type I Diabetes Mellitus.
Caucasian HLA-DR 3 dan 4
Afro-Amerikan: HLA-DR7
Jepun: HLA-DR9.

Penyelidik-penyelidik dari Universiti Catanzaro, Itali, menemui varian HMGA1 gene di kalangan rakyat Itali dan mendapati kehadiran gen itu meningkatkan peluang terkena Type II Diabetes Mellitu sebanyak 18 kali daripada mereka yang tidak ada gen ini.

Salah satu gen yang dinobatkan ialah Beta Adrenergic Receptor gene. Di USA, 8 % Caucasian ,12 % keturunan African dan Mexican dan 33% Pima Indian.

Kenapa sesetengah orang memiliki gen-gen ini tidak menderitai penyakit Diabetes? Jawapannya juga terletak pada gen juga: iaitu Switches Genes.

Selagi switches genes ini dalam kedudukan off, maka gen-gen ini tidak diaktifkan. Faktor non-genetik seperti pengambilan gula berlebihan, pengambilan gula terlalu awal dalam usia muda, pengambilan lemak berlebihan, kurangnya latihan jasmani dan lain-lain faktor seperti penyakit autoimune, penuaan, alahan susu lembu dan lain-lain. Faktor-faktor ini menyebabkan switches genes dalam kedudukan 'on'. Maka jadilah Diabetes!

Pemeriksaan HbA1c KAEDAH TERBAIK MENGESAN DIABETES




Di kalangan endokrinologist (pakar kaji hormon), mereka kini lebih mengutamakan pemeriksaan dari HbA1C daripada FBS (kadar gula puasa). Ini disebabkan FBS boleh mencicirkan kes-kes pra-diabetes dan pesakit diabetes yang berpuasa sakan bila hendak menjalani pemeriksaan gula darah. Tentulah RBS jadi normal malah FBS sekalipun dapat tampak normal.

FBS dan RBS merupakan kadar gula semasa tetapi HbA1c ialah keadaan status gula seseorang menjangkaui 3 hingga 4 bulan.

Bagaimana mungkin ini terjadi?

Hemoglobin (Hb) ialah pigmen sel darah merah. Jika sekali Hb ini mengikat dengan gula, maka gula/glukosa itu tidak akan dlepaskan selama tiga hingga empat bulan. Sebab itulah pemeriksaan HbA1c lebih tepat menentukan status diabetes seseorang pesakit.

Tahukah anda jika anda mengurangkan 1 % penurunan HbA1c maka anda mengurangkan 40% kemungkinan komplikasi ginjal, mata dan sistem saraf anda.



Dr RAHMAT HAROUN MD
Naib Pengerusi PDM LANGKAWI.
7 Mac 2011

MESYUARAT AJK PDM LANGKAWI PERTAMA 2011




Bertempat di Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi (PKD), Tingkat 6, Bangunan LADA, pada jam 2.30 petang 6 April 2011, mesyuarat AJK PDM Langkawi yang pertama untuk tahun 2011 telah berlangsung.

Mesyuarat dipimpin oleh Dr Haji Mansor Hj Ismial, Pengerusi PDM Langkawi dan dihadiri oleh hampir seluruh AJK yang dilantik pada 3 Mac 2011.

Di antara yang dibincangkan adalah:
1. Melaksanakan program-program yang tidak sempat atau dilaksanaan tahun lalu.
2. Menyelaras program komprehensif PKD dengan program PDM Langkawi
3. Mengikutserta program saringan dengan acara-acara utama di Langkawi, seperti Ironman, de Tour de Langkawi dsb.
4. Cadangan Diabetes Camp oleh Bendahari En Chor Hoou Uang.
5. Kempen memperbanyak ahli PDM Langkawi. Pengerusi mencadangkan keahlian wajib bagi kakitangan PKD dan Hospital yang berkait rapat dengan diabetes.
6. Home-visit/Kunjungan Rumah
7. Info-line yang membolehkan ahli maupun masyakat umum menghubungi PDM Langkawi bertanya apa saja mengenai penyakit diabetes.
8. Obesiti di sekolah
9. Penjualan makanan pro-diabetes di kantin sekolah dan di luar pagar sekolah.

Pengendali Blog: Buletin Diabetes Langkawi.

7 Mac 2011.

OBESITI DAN DIABETES




Obesiti (kegemukan) dan diabetes tidak dapat dipisahkan. Mungkin ada orang obese boleh berbangga dia kini tidak menghidap diabetes tetapi itu hanyalah sementara waktu. Lambat laun, diabetes akan menyerang.


Kajian mutakhir melaporkan;

Individu Obese BMI melebihi 35 mempunyai risiko 80 kali ganda menghidapi Type II Diabetes Mellitus dibandingkan individu BMI normal (19-23).

Jika BMI anda melebihi 30, anda mempunyai risiko 10 kali ganda kena diabetes.

Jadi pada mereka yang over weight dan obese, bertindaklah menguruskan badan anda. Turunkan berat badan dengan pelbagai cara yang sehat dan dibenarkan.

Jika anda gemuk, really gemuk, jangan cepat percaya pada hasil pemerikasaan awal seperti Random Blood Sugar (RBS).
Andaikan FBS (Kadar Gula Puasa) dikatakan normal, jangan cepat mengisytiharkan anda bebas diabetes; Buatlah test-test berikut:

HbA1C dan
OGTT (Oral Glucose Tolerance Test).

Jika pemeriksaan darah di atas normal, barulah anda dikatakan
TIDAK ADA DIABETES.

SELAGI ANDA GEMUK
DIABETES AKAN
MEMBURU ANDA.

Pengedali blog Pesatuan Diabetes Malaysia Langkwi
Dr Rahmat Haroun MD (UNAIR)
7 April 2011

PERSATUAN DIABETES LANGKAWI AKTIF SEMULA


Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua ahli PDML ( Persatuan Diabetes Malaysia Cawang Langkawi).

Seperti yang diketahui umum pesatuan kita oleh kekangan tertentu tidak begitu aktif sejak dua tahun kebelakangan ini.
Oleh yang demikian, atas insiatif SUK (SetiaUsaha Kehormat) PDM Kedah, Mr Selan, satu lMesyuarat Agung PDM telah diadakan di Dewan Mahsuri Hospital Langkawi, Bukit Tekoh, Langkawi pada 9 pagi 3 Mac 2011.

Dalam MA PDML itu telah dipilih Ahli-ahli Jawatan Kuasa PDM Langkawi yang baru untuk tahun 2011-2013.

Nama Jawatan PDM
1. Dr MANSOR B ISMAIL PENGERUSI
PKD LANGKAWI
2. DR RAHMAT B HAROUN N/PENGERUSI
3. MA MOHAMMAD YUSOFF B AWANG SETIAUSAHA
4. PN HAMIDAH AHMAD PEN. SETIAUSAHA
5. MR. CHOR HOOI UANG BENDAHARI
6. PN. ROSILAH BT IBRAHIM AJK
7. PN. RABIAH BT AHMAD AJK
8. PN. AISHAH BT IBRAHIM AJK
9. SITI SARA AWANG AJK
10. ASMA BT ADNAN AJK
11. MR OOI CHIN TONG AJK
12. PN ZAMNAH BT ABD JALIL AJK
13. PN LIM LAY KHENG AJK
14. PN FATIMAH BT ABD RAHMAN AJK
15. EN. MOHD TAUFIK BIN MANSOR. AJK
16. MR. KHOO AUW CHOON JURUODIT
17. MR. ARUCHINAN A/L SUPPAN JURUODIT


Kita mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PDM Langkawi, semoga di bawah pimpinan Tuan Hj Dr Mansor Ismail, PDM Langkawi mampu bergerak lebih jauh dan benar-benar dapat menjadi wadah bagi ahli persatuan dan anggota masyarakat pada umun memanfaatkan kewujudannya.


Dr Rahmat Haroun MD
N/Pengerusi PDM Langkawi
Pengendali blog: Buletin Diabetis Langkawi
bulletindiabetislangkawi.blogsopt.com

7 April 2011.